Tuesday, April 6, 2010

hujan lebat di kuala lumpur~

tadi petag rasa hebat gila, tengok langit dari tingkap sambil duduk di couch ditemani angin petang yang nyamannya cuma tuhan saja yang tahu..sanggup aku tinggalkan skrin laptop buat seketika semata mata nak tengok awan kumulunimbus yang terapung apung di langit...

indahnya cipaan tuhan...

bila dah malam hujan pulak mnjelma..sejuk..dan seronok..hujan sekejap-sekejap..tapi lebat..inilah cuaca yang aku tunggu dan nantikan..hebat sekali..kalah semua lagu yang ada kat mp3 aku..bunyi hujan lah yang paling sedap pernah aku dengar berbanding lagu-lagu yang duk berkumandang dekat radio nun..

dengar pulak bunyi hon uncle roi kat bawah tu..hujan-hujan pun dia mahu berniaga..tegar sungguh beliau..demi mencari rezeki untuk sesuap nasii..huhu..hidup ni kena berkorban kan..

berbalik cerita pasal hujan..dulu masa time study dulu benda yang paling aku suka buat sorang-sorang adalh berjalan dalam hujan sambil pegang payung tercinta..jalan perlahan-lahan..tengok kiri kanan..memang tak ramai yang keluar time hujan..itu yang best tu..

dengar bunyi hujan menimpa payung..tengok air hujan menitis dari langit, terus ke bumi, sebelum tu ada singgah kat mana-mana dulu..singgah kat bumbung bangunan, singgah kat bumbung kereta, singgah kat bumbung rumah, yang paling best singgah kat pokok, dari hujung pokok terus dahan kemudian keranting ranting dan terus ke dedaunan sebelum gugur kebumi..

sesungguhnya aku sangat sukakan suasana bila hujan..tapi..hujan sudah berhenti..nak cerita pasal hujan pun tiada mood lagi..huhu..tapi keseronokannya masih terasa..

haha..hari ni je dah 3 entry aku post..nampak sangat aku sangat bosan pada hari ini kan..huhu

tinggal berapa hari je lagi lap top dan broaband ini ada di tanganku..pastu gudbye dunia internet..tunggu beberapa bulan lagi untuk aku beli sendiri laptop dan broadband..dapt murah-murah pun tak pe..bukan mau main game ke ape ke..just nak online je kan..beli yang murah2 sudah..betoi x?

No comments:

Post a Comment