Friday, June 25, 2010

@&%$^% att n ats

aku paling benci giler bila dapat case yang perlukan untuk aku consult call pada att n ats..rasa macam hulur leher kat diorang untuk disembelih..walau pada hakikatnya menghulurkan telinga terus ke hati untuk terus disakiti..penderaan mental dan emosi berlaku setiap kali lepas call..

bukannya tak boleh nak cakap elok sikit kat orang ke apa ke..gaya macam dia hebat, dia superior, macam dia dewataraya untuk kita dengar cakap dia..kena down to earth giler2 bila bercakap ngan diorang..pastu benda yang dia tak tanya jangan cakap..hanya bercakap bila ditanya..jawab salah kena maki..

bila dia nampak id yang baru yang call dia, comfirm comfirm la kena layan cam budak hingusan tak tau apa..salah sikit dah kena jerkah..terus disconnect call..betapa hebatnya mereka sampai boleh buat orang camtu..nak tunggu diorang angkat call dah la berzaman...

macam la bila diaorang start masuk kerja dulu terus terror buat report semua..semua perfect sampai dia nak orang yang call dia perfect terus..aku sokong ain masa dia gaduh ngan sorang agen ats aritu..

tak pun memang dah budaya kerja dorang memang camtu?

memang tak di nafikan bukan semua ats ngan att kerek giler..tapi..agak2 la..kerja kena ikhlas..benci mana pun kau nak kerja, moody mana pun kau hari tu, buat la tanggungjawab kau dengan ikhlas..duit yang kau dapat tiap hujung bulan tu, last-last masuk dalam badan kau jugak...

nak ke makan duit tak berkat hasil doa orang yang teraniaya yang korang buat kat kitorang ni?

missing enpon~

sedih yang amat bila kejam kata hanpon dia ilang semalam..dia mesej and call semalam..tapi aku tak reply adn tak angkat sebab tido sudah..pepagi baru balas mesej..tu pun dia tak reply lagi..

yang buat aku sedih yang amat ti sebab aku baru cakap kat dia yang aku mahu beli enpon baru..dan aku baru je main dan godeh2 enset dia yang hilang tu..gambar banyak tak transfer lagi lak tuh...

ntah la..benda nak jadik..memang tak boleh nak halang..dah jadi dah pun..details aku tak tahu..camne and kat mana ilang semua tu..tabah je la..aku pernah rasa semua tu, and aku paham apa yang dia rasa...

bukak cerita pasal akak aku sorang ni..aku rasa bengang kat boyfriend dia..ntah..orang tu tak pernah buat jahat pun kat aku..malah pernah tolong aku sekali di saat aku dalam kesusahan yang amat sangat..tapi tak tau kenapa aku masih tak boley nak accept dia as my future family...

maybe sebab dia banyak kali buat kejam menangis kot..ntah la...aku malas nak amek tahu hal orang lain..melainkan dorang yang nak cerita kat aku..kekadang terpaksa tadah je telinga tanpa rela..nak buat macam mana..aku kan pendengar yang baik..

haha..gelak je la..

aku...

aku terasa geli giler bila baca privious post aku tadi..rasa cam nak muntah sebaldi..tapi aku sayang yang amat untuk delete post aku tu..sebab nanti rasa menyesal pulak..dulu aku pernah delete post2 kat blog, banyak benda yang aku tulis..walau nampak bodoh atau sengal, tapi itulah yang aku pernah tulis satu masa dulu..benda yang pernah aku rasa...

so kali ni aku takkan buat benda yang sama..jadinya aku akan terus biarkan post yang aku rasakan bodoh dan tak menarik itu untuk tatapan bila aku dah tua kelak..

dan aku dah decide untuk tak update blog lama kau buat selamanya (buat masa ni la)..sebabnya aku rimas bila orang yang folow blog aku tu, baca dan sibuk cari aku kat real life dan kononnye bagi support kat aku..kira empati dan simpati yang terlebihla tu..

honestly, aku sukakan privacy..dan buat kesekian kalinya aku rasa sangat termenyesal bila aku publish dan follow blog orang lain guna identiti aku..kira apa yang aku tulis sekarang dah tak ada kebebasa..ada je yang mahu persoalkan dan pertikaikan..bukan takat mesej, call, tanya, ko ok tak..aku malas...

haha..kelakarkan..cukup la akalau aku cakap yang aku anggap blog ni sebagai the other side of me yang meluah kan rasa hatti dan pemikiran pada strangers yang tak tau pun siapa aku..simple kan?