Friday, April 9, 2010

mission 2

sekarang aku nak cakap pasal mission#2..eh boleh ke bercakap kat sini?..haha..

ok..untuk mission yang kedua ini adalah mission yang penting gak la untuk aku yang berotak sembab ni..kenapa aku cakap camtu, korang akan tahu nanti..sebab aku akan explain kat bawah nanti..

orait, to be truth, mission ini addalah untuk mencari man of my destiny yang berbeza sikap dan perangai berbanding dengan orang-orang yang pernah aku fall with sebelum-sebelum ni..

selama ni aku selalu fall pada orang yang tak berapa nak senonoh sangat..yang bukan husband material for a good wife..(ahah..good kah aku??,,belakang citer!!)..yelaa...some one yang boleh bawak aku ke jalan kebenaran..bukan nya aku yang duk sibuk ngajak dia gi cari surau tiap kali keluar or asyik aku je yang kea kejutkan subuh untuk dia hari-hari or yang kena aku remindkan untuk dia pergi solat jumaat tiap ,minggu..

aku tak mahu begitu, kalau boley..kalau boley, dia lah yang tau sendiri apa mau buat..pastu tau jaga batasan dalam relationship sebelum sah halal antara each other..huhu..

melebih-lebih plak aku..

ye la..sebabnya, aku ini bukan jenis orang yng bercinta..bercinta pun tak pernah..bukan nya apa..tak mahu..payah la nak bagi komitment..senan cakap aku selalu fall pada wrong guy..kadang-kadang orang tu dah taken, tak pun perangai tak semengah harap muka je comel..tak pun kekadang aku tengok dari segi kebijaksanaan dan kebolehan aku lagi hebat dari dia..

senang cakap aku mahu orang yang lebih hebat dari aku dari segala hal..aku ni pun bukan hebat sangat pun..mesti senang jek nak jumpe..yang penting tak taken la masa tu..xde masa aku nak buang masa dengan orang yang dah ada relationship ngan perempuan lain..sian jugak kat perempuan tu..sekali aku yang kena, meraung di buatnya...

hurm..itu je la kot secara ringkasnya..nanti tulis panjang-panjang sampai kelangit aku terbang lak..huhu..

target???..er..tak tau la plak..tengok jodoh ye..tapi kalau boley bukan dalam masa terdekat..paling awal pun---- entah,..biar kakak dan abang aku kahwin dulu..adik-adik aku nak kahwin dulu pun takpe..haha,.

mission #1

dulu ada buat wishlist..tulis dalam buku satu-satu apa yang aku nak dalam wishlist, pastu bila dah berjaya dapat, aku pangkah, bukan pangkah, aku akan padam wish list tu dan tu;is tarikh bila aku dapat benda tu..bukan dulu je, sampai sekarang pun aku still buat benda alah tu..

sekarang ni aku nak buat mission pulak..dari ke mission #1 hinggalah ke mission ke berapa-berapa pun..lepas tu aku nak tengok, bila boleh aku berjaya capai mission aku ni..

baiklah..bagi ission yang pertama ni, aku bagi task yang paling mudah untuk diri aku..misi nya adalah untuk menurunkan berat badan ke 42 kilo..ada 7 kilo lagi untuk aku kejar..haha...

orang lain mesti akan cakap gini, 'giler ko.ko nak tinggal apa je nanti?'

aku pulak..alahai ,apa yang korang nampak selama ni ilusi optik jela..aku ni dah lah pendek, thats why la korang nampak aku ni kecik, bukan kurus..

aku mau kurus ye, bukan kecik..aku mau buang segala lemak tak perlu di bahagian bahagian yang tak sepatutnya..bila badan cun, baru ada rasa konfiden sikit untuk menjalani kehidupan seharian..tak gitu?

bila dah kurus nanti, boleh jimat space naik lif ke, nak car pool kereta ke..pakai sabun mandi pun boley jimat, katil tak payah pakai katil besar-besar pun ok,tak yah cari towel besar-besar, jimat sapace baju nak simpan dalam almari..dan sebagainya...


haha..alasan..

dulu aku pernah badan besar, jatuh dari tempat tinggi sikit kaki dah bengkak sebab terpelecot..masa tu berat badan aku lebih dari 4 kilo dari berat sekarang..lama pulak tu nak baik.tobat tak nak rasa lagi..sakit..sampai sekarang, kalau main sport ke, kalau kaki terpelecok akan kena kat tempat yang sama..aku sendiri pun tak paham kenappa..

tapi zaman yang paling gemok yang pernah aku lalui adalah masa aku 2nd year kat universiti..masa tu berat aku adalah 7 kilo lebih dari berat aku sekarang..habis segala jeans, baju dan barang-barang lain tak muat di badan..giler ar..pakai uniform pon bley ketat..masa tu semua orang tegur aku dah gemok..memula aku tak perasan sangat..

tapi bila gi timbang berat, tengok gambar yang lepas-lepas, perghhh..baru aku seda betapa gemoknye diri ini masa tu..

dan sekarang aku hope sangat mission aku ni akan berjaya...target aku adalah, hujung tahun ni untuk achieve..chaiyok!!

Thursday, April 8, 2010

cubaan bertabah..

mencuba bertahan sekuat hati
layaknya kapal yang dilambung ombak


datang mood jiwang, dari hujan renyai di kerinchi, jadi hujan lebat dalam hati aku..

masa balik tadi terjumpalah bebudak ni..masing-masing dengan muka ceria sebab dah lama tak jumpa each other..aku dah teang dah bila fikir yang dalam ramai-ramai perempuan tu takkan ada terselit seorang lelaki macam selalu..tak ke pelik kalau dia still hang out dengan memember perempuan lagi sedangkan sudah ramai kawan lelaki yang dia ada..

fine..

tapi aku agak goyah bila nampak kelibat dia..cuma nampak belakang dia dah buat aku rasa macam nak lari jauh-jauh..tak bersedia lagi nak berlakon untuk bersemuka dengan dia..tak taulah dia nampak aku ke tak..yang penting aku tak pandang dia..tapi aku macam dapat rasa dia pandang aku..pastu buat muka serius dia tu..yang lebih kepada muka indon tu..(no offense ya rakan-rakan negara jiranku, kerana muka dia memang ada iras-iras wajah kalian)..

rasa je la..xtau la betul ke tak..ingatkan aku dah boleh get over him..tapi, mana ada orang bley lupakan seseorang dalam masa 2 hari je kan?

lagi pun aku bukannya nak lupkan dia pun..just nak hilang kan rasa ini..

hope berjaya pasni..huhu..

Wednesday, April 7, 2010

cintaku tertinggal di semua house...

cintaku tertinggal di semua house.

seminggu.tempoh masa yang sangat sangat singkat buat aku. terlalu singkat. seminggu yang sangat bermakna. sepanjang hidup aku, itulah seminggu yang paling banyak mengajar aku tentang rasa yang berkaitan dengan hati dan perasaan.

dan cinta aku tertinggal disana.

sebab, selepas seminggu, segalanya seakan berakhir. bukan seakan, memang. semuanya berakhir. bukan aku yang mengakhirkan semuanya. ia berakhir kerana satu sebab- tiada jodoh.

bagi aku its ok untuk berpisah that way, rather than being in the same class, being soo close yet soo far away..dan aku berjaya adapt dengan suasana ni..

tanpa dia disisi setiap hari..tanpa senyum dia yang sehangat mentari, tanpa lawak dia yang berjaya merubah aku dari seorang yang susah mau ketawa kepada yang sangat murah senyum, tanpa sikapnya yang kadang-kadang seperti adik kecil yang pelu di jaga dan kadang-kadang seperti seorang abang yang sangat caring, dan yang paling penting- tanpa rasa selamat bila dia berada disisi..

dan aku berjaya menghadapi semua ini..walaupun kadang-kadang masih ada lagi ingatan terhadap dia..bak kata avril lavigne- everything that i do, reminds me of you....

ini kerana selama seminggu bersama, terasa seperti banyak perkara yang dilaku bersama..terlalu banyak masa yang di spend bersama..bila semua tu dah tak ada, rasa kosong..rasa seperti ingin bersama..

tapi apakan daya..jodoh tak ada..lagi pun aku tak mahu jadi orang ke empat dalam hubungan perasaan dan cinta dia yang penuh skandal tu..lagi pun dia pun takkan mungkin untuk fall for me..

kami mungkin share attitude yang sama, back ground family yang sama, dan interest yang sama, but its seems like we are only meant to be friend only...skarang ni pun seperti sudah tidak kawan sangat..time restriction dan- rasa macam dah jauh..

lagi-lagi bila skandal dia dah start trening kat tempat yang sama dan shift yang sama..jadinya..

aku takkan taruh harapan yang tinggi..sebab harapan tu memang dah tak ada..dia memang ada banyak yang aku mahu, tapi macam aku cakap tadi..bukan tertulis jodoh kami bersama..aku bukan jenis orang yang suka menjalin hubungan..aku tak boleh komited pada hubungan yang tak pasti..

muda lagi lagipun..

biarlah betapa ramainya orang seusia aku yang bercinta di luar sana, berkapel, bertunang, berkahwin waima dah jadi mak orang sekali pun, aku tak kisah dear..hati aku sudah tertutup..

terbuka bila Allah nak bukak karang..harapnya aku jumpa orang yang sama fikiran dengan aku..yag menjaga segala bagai..huhu..

kerana semua house sudah mengambil cintaku, kenangan kami juga tertinggal disana..jadi tiada apa yang tinggal...lagipn aku bukan jenis orang yang akan jatuh cinta pada orang yang sama twice..it never happen before..

tapi, kalau memang sudah tertulis aku dan dia ada sesuatu yang kami sendiri pun tak tau sekarang- waktu tu, aku la manusia yang gembira..haha..

melalut suda..tak apa lah kan..aku try tunggu saat tu..saat kau nampak apa yang aku rasa towards kau satu masa dulu..

kalau tak sampai saat tu dan dalam masa yang sama datang lelaki lain yang lebih baik dari kau, it means goodbye to you..tapi klu tak ada yang lebih hebat dari kau- kau saja yang ada dalam hati aku..

hurm..panjang pulak bebel aku kali ni..xpe la..mata suda ngantuk..tak nak mimpi malam ni sebab tak nak bang un lambat sok..tadi dah terkocoh-kocoh sebab bangun lambat..hurm..

nite2..

p/s:mau dedicate lagu kukatakan dengan indah versi cover yuna..penyanyi asal peter pan..huk2...
Ku katakan indah dengan terbuka hatiku hampa
Sepertinya luka menghampirinya
Kau beri rasa yang berbeda mungkin ku salah...
Mengartikannya yang ku rasa cinta

Tetapi hatiku selalu meninggikanmu
Terlalu meninggikanmu, selalu meninggikanmu

Kau hancurkan hatiku, hancurkan lagi
Kau hancurkan hatiku tuk melihatmu
Kau terangi jiwaku, kau redupkan lagi
Kau hancurkan hatiku tuk melihatmu

Membuatku terjatuh dan terjatuh lagi
Membuatku merasakan yang t'lah terjadi
Semua yang terbaik dan yang terlewati
Semua yang terhenti tanpa ku akhiri

Membuatku terjatuh dan terjatuh lagi
Membuatku merasakan yang t'lah terjadi
Semua yang terbaik dan yang terlewati
Semua yang terhenti tanpa ku akhiri

Kau hancurkan hatiku tak tertahan lagi
Kau hancurkan hatiku tuk melihatmu
Kau terangi jiwaku kau redupkan lagi
Kau hancurkan hatiku tuk melihatmu

Kau hancurkan hatiku, hancurkan lagi
Kau hancurkan hatiku tuk melihatmu
Kau terangi jiwaku, kau redupkan lagi
Kau hancurkan hatiku tuk melihatmu

Kau hancurkan hatiku, hancurkan lagi
Kau hancurkan hatiku tuk melihatmu
Kau hancurkan hatiku, hancurkan lagi
Kau hancurkan hatiku, hancurkan lagi
Kau hancurkan hatiku tuk melihatmu
Oooo...ooo...ooo...ooo...melihatmu

Tuesday, April 6, 2010

hujan lebat di kuala lumpur~

tadi petag rasa hebat gila, tengok langit dari tingkap sambil duduk di couch ditemani angin petang yang nyamannya cuma tuhan saja yang tahu..sanggup aku tinggalkan skrin laptop buat seketika semata mata nak tengok awan kumulunimbus yang terapung apung di langit...

indahnya cipaan tuhan...

bila dah malam hujan pulak mnjelma..sejuk..dan seronok..hujan sekejap-sekejap..tapi lebat..inilah cuaca yang aku tunggu dan nantikan..hebat sekali..kalah semua lagu yang ada kat mp3 aku..bunyi hujan lah yang paling sedap pernah aku dengar berbanding lagu-lagu yang duk berkumandang dekat radio nun..

dengar pulak bunyi hon uncle roi kat bawah tu..hujan-hujan pun dia mahu berniaga..tegar sungguh beliau..demi mencari rezeki untuk sesuap nasii..huhu..hidup ni kena berkorban kan..

berbalik cerita pasal hujan..dulu masa time study dulu benda yang paling aku suka buat sorang-sorang adalh berjalan dalam hujan sambil pegang payung tercinta..jalan perlahan-lahan..tengok kiri kanan..memang tak ramai yang keluar time hujan..itu yang best tu..

dengar bunyi hujan menimpa payung..tengok air hujan menitis dari langit, terus ke bumi, sebelum tu ada singgah kat mana-mana dulu..singgah kat bumbung bangunan, singgah kat bumbung kereta, singgah kat bumbung rumah, yang paling best singgah kat pokok, dari hujung pokok terus dahan kemudian keranting ranting dan terus ke dedaunan sebelum gugur kebumi..

sesungguhnya aku sangat sukakan suasana bila hujan..tapi..hujan sudah berhenti..nak cerita pasal hujan pun tiada mood lagi..huhu..tapi keseronokannya masih terasa..

haha..hari ni je dah 3 entry aku post..nampak sangat aku sangat bosan pada hari ini kan..huhu

tinggal berapa hari je lagi lap top dan broaband ini ada di tanganku..pastu gudbye dunia internet..tunggu beberapa bulan lagi untuk aku beli sendiri laptop dan broadband..dapt murah-murah pun tak pe..bukan mau main game ke ape ke..just nak online je kan..beli yang murah2 sudah..betoi x?

fine II

sucks!

itu yang aku rasa..dalam hati,

'ko gi terjun bangunan tingkat 40 je la emily oi'

dalam otak,

'kalau mati saper nak bayr hutang ptptn aku?..siapa nak sara femly?..(alahai cam la slama ni aku bagi duit kat femly'

tapi yang paling pening sebenarnya, kalau aku mati, maka tak merasalah gaji first aku hujung bulan ni..haha..bila cakap pasal duit je mata aku dah bersinar-sinar..semanat datang balik..wa~refreshing sungguh..huhu..

tak de la..rasa sucks giler sebab terbaca entry post member aku yang cerita kat entry kat bawah ni..giler kan?..terkesan beb dalam hati ni..dia pikir masalah dia jek..dia tak pikir masalah aku..caner aku nak entertain dia sedangkan dia tak pandai nak hiburkan hati aku..

ntah la..cakap banyak pun tak guna..kalau cakap kau terasa dengan aku, cuba kau gandakan kesedihan yang kau rasa tu..paling kurangpun 10 kali ganda dari rasa sakit kau..camtu kot yang aku rasa..

aku sudah tak larat mau dengan the same old story..kau tau betapa nak bernanahnya telinga aku dengar cerita yang sama?..tapi aku tahankan sebab kau tu kawan aku..tau betapa sedihnya aku bila aku call kau nak cerita probs aku, instead ko cerita problem kau pulak..betapa frustnye cuma tuhan je yang tau..

bila kau tulis kat blog kau yang kau kesian kat aku sebab aku tak ada kawan lain,kau rasa apa yang aku rasa?..bila kau kau tulis yang aku dah ada kawan baru, aku dah mula confuse..kau tak heppy kah aku ada kawan baru?..bila kau kata aku seperti berpura-pura gembira dengan kawan-kawan baru aku tu, kau rasa apa yang aku rasa?

adakah kau enggan share the happiness?..adakah kau terlalu rindukan aku yang selalu runsing dulu?..kau kawan dengan aku sebab aku bukan seorang yang gembira kah?..dan kau tak ahu aku gembirakah?..apa yang kau nak dari aku sebenarnya ni?

well..aku tak patut buang masa cerita segala bagai tentang benda ni lagi..tapi sebab aku tak nak tulis lagi benda-benda camni untuk the next entry kelak, so terpaksa aku taip jugak...

entahlah..suka hati kau lah..kalau kau sangat appreciate friendship kau, kau pasti takkan buat aku mcam ni..kau mesti akan beritahu aku elok-elok apa yang kau rasa instead of luahkan segalanya dalam entry kau tu...

ok..

kalau itu yang kau rasa, kalau itu yang kau mahu..fine..

fine..

FINE

first post?

xde la..kalau ikutkan ni post yang ke 166 aku kat blogspot..but for some reason aku buat blog baru..berlari eninggalkan sesuatu..yelah..aku berlari meninggalkan seseorang yang pernah aku anggap penting dalam hidup aku..biarlah blog lama tu tinggal sejarah..aku takkan tutup blog aku tu..kalau buhsan2 boleh baca balik kan..

sbab tu la aku malas nak share address blog aku ni kat sesapa..xde kebebasan nak menulis..bila aku tulis je, ramai baca, bila ramai baca, ramai y tahu..bila ramai yang tau, dah xde privacy lagi..bile takde privacy- baik aku tulis note kat facebook jek..btol tak?

kali ni..blog aku kali ni, korang takkan tau aku sape..aku pun xkan ade hati nak bagitau korang sape aku..aku blogging bukan nak carik kenalan..fesbuk ade kalo nak carik kawan..kawan pon bukanye betol...

aku tengah bengang sebab aku memang bengang...aku bengang bila baca blog orang yang pernah claim aku sebagai bestfren dia..pastu tulis camtu dalam blog dia..pastu ramai-ramai baca..shit la...aku cam xcaye la dia boleh tulis kat aku camtu skali kan...dah ar..ko pergi la kat bestfriends ko yang lain..aku dah kecik ati sangat kat kau..

aku tau kau kesian kat aku sebab aku tak ada sesapa kat sini..fine..aku takkan carik kau lagi..melain kan kau carik aku..aku dah penat nak fikir pasal friendship lagi dah..aku nak kerja je skarang..dont worry aku akan bayar balik duit kau..tu la susahnya kalau terhutang budi kat orang...demnnn...

xpe...xpe..

kau tak nak aku berubah..kau tak paham..aku kena berubah..aku kena fit in dalam alam pekerjaan..aku dah tak boleh nak buat perangai macam budak-budak macam zaman belajar dulu lagi..aku tak boleh nak tunjuk perangai emo brutal mental aku tu lagi sekarang..aku dealing dengan orang berusia sekarang..aku antara yang termuda kat tempat kerja aku..

cammane aku nak survive dengan perangai tunjuk perasaan aku cam dulu tu?

cukup la aku bela diri kat sini...aku tak larat la..kau takkan paham..kau takkan paham hidup seorang aku, hidup dalam family yang seperti family aku..punya kawan-kawan baru- kena adapt ngan suasana hidup baru..kau pandai..aku tak pandai..kau hebat..aku looser..

aku akui itu..

well..kau pikir la apa yang kau nak pikir..yang penting aku tetap aku..kau kata aku dah berubah, its up to you..sukahati kaulah..aku kena move on..aku kena grow up..aku tak nak jadi pokok bonzai..aku nak jadi pokok oak yang besar yang boleh jadi tempat berteduh untuk orang lain..aku tak boleh pentingkan diri sendiri..xpe...

panjang betol luahan perasaan akku kali ni..

kalau ada typo error ke apa ke, itu maksudnya aku x semak balik apa yang aku taip..tulus dari hati aku..seperti kata-kata yang aku sanjung tu dari dulu sampai sekarang dan mungkin selamanya- feel dan ikhlas...aku tau kau sentiasa ada di alam maya ni...

thanx dude~