Friday, June 25, 2010

@&%$^% att n ats

aku paling benci giler bila dapat case yang perlukan untuk aku consult call pada att n ats..rasa macam hulur leher kat diorang untuk disembelih..walau pada hakikatnya menghulurkan telinga terus ke hati untuk terus disakiti..penderaan mental dan emosi berlaku setiap kali lepas call..

bukannya tak boleh nak cakap elok sikit kat orang ke apa ke..gaya macam dia hebat, dia superior, macam dia dewataraya untuk kita dengar cakap dia..kena down to earth giler2 bila bercakap ngan diorang..pastu benda yang dia tak tanya jangan cakap..hanya bercakap bila ditanya..jawab salah kena maki..

bila dia nampak id yang baru yang call dia, comfirm comfirm la kena layan cam budak hingusan tak tau apa..salah sikit dah kena jerkah..terus disconnect call..betapa hebatnya mereka sampai boleh buat orang camtu..nak tunggu diorang angkat call dah la berzaman...

macam la bila diaorang start masuk kerja dulu terus terror buat report semua..semua perfect sampai dia nak orang yang call dia perfect terus..aku sokong ain masa dia gaduh ngan sorang agen ats aritu..

tak pun memang dah budaya kerja dorang memang camtu?

memang tak di nafikan bukan semua ats ngan att kerek giler..tapi..agak2 la..kerja kena ikhlas..benci mana pun kau nak kerja, moody mana pun kau hari tu, buat la tanggungjawab kau dengan ikhlas..duit yang kau dapat tiap hujung bulan tu, last-last masuk dalam badan kau jugak...

nak ke makan duit tak berkat hasil doa orang yang teraniaya yang korang buat kat kitorang ni?

missing enpon~

sedih yang amat bila kejam kata hanpon dia ilang semalam..dia mesej and call semalam..tapi aku tak reply adn tak angkat sebab tido sudah..pepagi baru balas mesej..tu pun dia tak reply lagi..

yang buat aku sedih yang amat ti sebab aku baru cakap kat dia yang aku mahu beli enpon baru..dan aku baru je main dan godeh2 enset dia yang hilang tu..gambar banyak tak transfer lagi lak tuh...

ntah la..benda nak jadik..memang tak boleh nak halang..dah jadi dah pun..details aku tak tahu..camne and kat mana ilang semua tu..tabah je la..aku pernah rasa semua tu, and aku paham apa yang dia rasa...

bukak cerita pasal akak aku sorang ni..aku rasa bengang kat boyfriend dia..ntah..orang tu tak pernah buat jahat pun kat aku..malah pernah tolong aku sekali di saat aku dalam kesusahan yang amat sangat..tapi tak tau kenapa aku masih tak boley nak accept dia as my future family...

maybe sebab dia banyak kali buat kejam menangis kot..ntah la...aku malas nak amek tahu hal orang lain..melainkan dorang yang nak cerita kat aku..kekadang terpaksa tadah je telinga tanpa rela..nak buat macam mana..aku kan pendengar yang baik..

haha..gelak je la..

aku...

aku terasa geli giler bila baca privious post aku tadi..rasa cam nak muntah sebaldi..tapi aku sayang yang amat untuk delete post aku tu..sebab nanti rasa menyesal pulak..dulu aku pernah delete post2 kat blog, banyak benda yang aku tulis..walau nampak bodoh atau sengal, tapi itulah yang aku pernah tulis satu masa dulu..benda yang pernah aku rasa...

so kali ni aku takkan buat benda yang sama..jadinya aku akan terus biarkan post yang aku rasakan bodoh dan tak menarik itu untuk tatapan bila aku dah tua kelak..

dan aku dah decide untuk tak update blog lama kau buat selamanya (buat masa ni la)..sebabnya aku rimas bila orang yang folow blog aku tu, baca dan sibuk cari aku kat real life dan kononnye bagi support kat aku..kira empati dan simpati yang terlebihla tu..

honestly, aku sukakan privacy..dan buat kesekian kalinya aku rasa sangat termenyesal bila aku publish dan follow blog orang lain guna identiti aku..kira apa yang aku tulis sekarang dah tak ada kebebasa..ada je yang mahu persoalkan dan pertikaikan..bukan takat mesej, call, tanya, ko ok tak..aku malas...

haha..kelakarkan..cukup la akalau aku cakap yang aku anggap blog ni sebagai the other side of me yang meluah kan rasa hatti dan pemikiran pada strangers yang tak tau pun siapa aku..simple kan?

Friday, April 9, 2010

mission 2

sekarang aku nak cakap pasal mission#2..eh boleh ke bercakap kat sini?..haha..

ok..untuk mission yang kedua ini adalah mission yang penting gak la untuk aku yang berotak sembab ni..kenapa aku cakap camtu, korang akan tahu nanti..sebab aku akan explain kat bawah nanti..

orait, to be truth, mission ini addalah untuk mencari man of my destiny yang berbeza sikap dan perangai berbanding dengan orang-orang yang pernah aku fall with sebelum-sebelum ni..

selama ni aku selalu fall pada orang yang tak berapa nak senonoh sangat..yang bukan husband material for a good wife..(ahah..good kah aku??,,belakang citer!!)..yelaa...some one yang boleh bawak aku ke jalan kebenaran..bukan nya aku yang duk sibuk ngajak dia gi cari surau tiap kali keluar or asyik aku je yang kea kejutkan subuh untuk dia hari-hari or yang kena aku remindkan untuk dia pergi solat jumaat tiap ,minggu..

aku tak mahu begitu, kalau boley..kalau boley, dia lah yang tau sendiri apa mau buat..pastu tau jaga batasan dalam relationship sebelum sah halal antara each other..huhu..

melebih-lebih plak aku..

ye la..sebabnya, aku ini bukan jenis orang yng bercinta..bercinta pun tak pernah..bukan nya apa..tak mahu..payah la nak bagi komitment..senan cakap aku selalu fall pada wrong guy..kadang-kadang orang tu dah taken, tak pun perangai tak semengah harap muka je comel..tak pun kekadang aku tengok dari segi kebijaksanaan dan kebolehan aku lagi hebat dari dia..

senang cakap aku mahu orang yang lebih hebat dari aku dari segala hal..aku ni pun bukan hebat sangat pun..mesti senang jek nak jumpe..yang penting tak taken la masa tu..xde masa aku nak buang masa dengan orang yang dah ada relationship ngan perempuan lain..sian jugak kat perempuan tu..sekali aku yang kena, meraung di buatnya...

hurm..itu je la kot secara ringkasnya..nanti tulis panjang-panjang sampai kelangit aku terbang lak..huhu..

target???..er..tak tau la plak..tengok jodoh ye..tapi kalau boley bukan dalam masa terdekat..paling awal pun---- entah,..biar kakak dan abang aku kahwin dulu..adik-adik aku nak kahwin dulu pun takpe..haha,.

mission #1

dulu ada buat wishlist..tulis dalam buku satu-satu apa yang aku nak dalam wishlist, pastu bila dah berjaya dapat, aku pangkah, bukan pangkah, aku akan padam wish list tu dan tu;is tarikh bila aku dapat benda tu..bukan dulu je, sampai sekarang pun aku still buat benda alah tu..

sekarang ni aku nak buat mission pulak..dari ke mission #1 hinggalah ke mission ke berapa-berapa pun..lepas tu aku nak tengok, bila boleh aku berjaya capai mission aku ni..

baiklah..bagi ission yang pertama ni, aku bagi task yang paling mudah untuk diri aku..misi nya adalah untuk menurunkan berat badan ke 42 kilo..ada 7 kilo lagi untuk aku kejar..haha...

orang lain mesti akan cakap gini, 'giler ko.ko nak tinggal apa je nanti?'

aku pulak..alahai ,apa yang korang nampak selama ni ilusi optik jela..aku ni dah lah pendek, thats why la korang nampak aku ni kecik, bukan kurus..

aku mau kurus ye, bukan kecik..aku mau buang segala lemak tak perlu di bahagian bahagian yang tak sepatutnya..bila badan cun, baru ada rasa konfiden sikit untuk menjalani kehidupan seharian..tak gitu?

bila dah kurus nanti, boleh jimat space naik lif ke, nak car pool kereta ke..pakai sabun mandi pun boley jimat, katil tak payah pakai katil besar-besar pun ok,tak yah cari towel besar-besar, jimat sapace baju nak simpan dalam almari..dan sebagainya...


haha..alasan..

dulu aku pernah badan besar, jatuh dari tempat tinggi sikit kaki dah bengkak sebab terpelecot..masa tu berat badan aku lebih dari 4 kilo dari berat sekarang..lama pulak tu nak baik.tobat tak nak rasa lagi..sakit..sampai sekarang, kalau main sport ke, kalau kaki terpelecok akan kena kat tempat yang sama..aku sendiri pun tak paham kenappa..

tapi zaman yang paling gemok yang pernah aku lalui adalah masa aku 2nd year kat universiti..masa tu berat aku adalah 7 kilo lebih dari berat aku sekarang..habis segala jeans, baju dan barang-barang lain tak muat di badan..giler ar..pakai uniform pon bley ketat..masa tu semua orang tegur aku dah gemok..memula aku tak perasan sangat..

tapi bila gi timbang berat, tengok gambar yang lepas-lepas, perghhh..baru aku seda betapa gemoknye diri ini masa tu..

dan sekarang aku hope sangat mission aku ni akan berjaya...target aku adalah, hujung tahun ni untuk achieve..chaiyok!!

Thursday, April 8, 2010

cubaan bertabah..

mencuba bertahan sekuat hati
layaknya kapal yang dilambung ombak


datang mood jiwang, dari hujan renyai di kerinchi, jadi hujan lebat dalam hati aku..

masa balik tadi terjumpalah bebudak ni..masing-masing dengan muka ceria sebab dah lama tak jumpa each other..aku dah teang dah bila fikir yang dalam ramai-ramai perempuan tu takkan ada terselit seorang lelaki macam selalu..tak ke pelik kalau dia still hang out dengan memember perempuan lagi sedangkan sudah ramai kawan lelaki yang dia ada..

fine..

tapi aku agak goyah bila nampak kelibat dia..cuma nampak belakang dia dah buat aku rasa macam nak lari jauh-jauh..tak bersedia lagi nak berlakon untuk bersemuka dengan dia..tak taulah dia nampak aku ke tak..yang penting aku tak pandang dia..tapi aku macam dapat rasa dia pandang aku..pastu buat muka serius dia tu..yang lebih kepada muka indon tu..(no offense ya rakan-rakan negara jiranku, kerana muka dia memang ada iras-iras wajah kalian)..

rasa je la..xtau la betul ke tak..ingatkan aku dah boleh get over him..tapi, mana ada orang bley lupakan seseorang dalam masa 2 hari je kan?

lagi pun aku bukannya nak lupkan dia pun..just nak hilang kan rasa ini..

hope berjaya pasni..huhu..

Wednesday, April 7, 2010

cintaku tertinggal di semua house...

cintaku tertinggal di semua house.

seminggu.tempoh masa yang sangat sangat singkat buat aku. terlalu singkat. seminggu yang sangat bermakna. sepanjang hidup aku, itulah seminggu yang paling banyak mengajar aku tentang rasa yang berkaitan dengan hati dan perasaan.

dan cinta aku tertinggal disana.

sebab, selepas seminggu, segalanya seakan berakhir. bukan seakan, memang. semuanya berakhir. bukan aku yang mengakhirkan semuanya. ia berakhir kerana satu sebab- tiada jodoh.

bagi aku its ok untuk berpisah that way, rather than being in the same class, being soo close yet soo far away..dan aku berjaya adapt dengan suasana ni..

tanpa dia disisi setiap hari..tanpa senyum dia yang sehangat mentari, tanpa lawak dia yang berjaya merubah aku dari seorang yang susah mau ketawa kepada yang sangat murah senyum, tanpa sikapnya yang kadang-kadang seperti adik kecil yang pelu di jaga dan kadang-kadang seperti seorang abang yang sangat caring, dan yang paling penting- tanpa rasa selamat bila dia berada disisi..

dan aku berjaya menghadapi semua ini..walaupun kadang-kadang masih ada lagi ingatan terhadap dia..bak kata avril lavigne- everything that i do, reminds me of you....

ini kerana selama seminggu bersama, terasa seperti banyak perkara yang dilaku bersama..terlalu banyak masa yang di spend bersama..bila semua tu dah tak ada, rasa kosong..rasa seperti ingin bersama..

tapi apakan daya..jodoh tak ada..lagi pun aku tak mahu jadi orang ke empat dalam hubungan perasaan dan cinta dia yang penuh skandal tu..lagi pun dia pun takkan mungkin untuk fall for me..

kami mungkin share attitude yang sama, back ground family yang sama, dan interest yang sama, but its seems like we are only meant to be friend only...skarang ni pun seperti sudah tidak kawan sangat..time restriction dan- rasa macam dah jauh..

lagi-lagi bila skandal dia dah start trening kat tempat yang sama dan shift yang sama..jadinya..

aku takkan taruh harapan yang tinggi..sebab harapan tu memang dah tak ada..dia memang ada banyak yang aku mahu, tapi macam aku cakap tadi..bukan tertulis jodoh kami bersama..aku bukan jenis orang yang suka menjalin hubungan..aku tak boleh komited pada hubungan yang tak pasti..

muda lagi lagipun..

biarlah betapa ramainya orang seusia aku yang bercinta di luar sana, berkapel, bertunang, berkahwin waima dah jadi mak orang sekali pun, aku tak kisah dear..hati aku sudah tertutup..

terbuka bila Allah nak bukak karang..harapnya aku jumpa orang yang sama fikiran dengan aku..yag menjaga segala bagai..huhu..

kerana semua house sudah mengambil cintaku, kenangan kami juga tertinggal disana..jadi tiada apa yang tinggal...lagipn aku bukan jenis orang yang akan jatuh cinta pada orang yang sama twice..it never happen before..

tapi, kalau memang sudah tertulis aku dan dia ada sesuatu yang kami sendiri pun tak tau sekarang- waktu tu, aku la manusia yang gembira..haha..

melalut suda..tak apa lah kan..aku try tunggu saat tu..saat kau nampak apa yang aku rasa towards kau satu masa dulu..

kalau tak sampai saat tu dan dalam masa yang sama datang lelaki lain yang lebih baik dari kau, it means goodbye to you..tapi klu tak ada yang lebih hebat dari kau- kau saja yang ada dalam hati aku..

hurm..panjang pulak bebel aku kali ni..xpe la..mata suda ngantuk..tak nak mimpi malam ni sebab tak nak bang un lambat sok..tadi dah terkocoh-kocoh sebab bangun lambat..hurm..

nite2..

p/s:mau dedicate lagu kukatakan dengan indah versi cover yuna..penyanyi asal peter pan..huk2...